Sila hayati slaid powerpoint berikut dan jangan lupa untuk mengulang kaji semua peribahasa-peribahasa ini untuk peperiksaan kamu. Sila ketik ke pautan ini untuk mengulang kaji peribahasa yang lalu. ---> PERIBAHASA
Pada masa yang sama, jangan lupa untuk gunakan kertas lembaran yang diberikan di dalam kelas, "Cerita Peribahasa" untuk pelajaran kamu juga.
Pada minggu ini kita telah berbincang sedikit tentang ujian lisan kamu. Di sini Cikgu ada muatkan nota untuk menolong ujian lisan kamu, bahagian perbualan. Sila rujuk kepada nota berikut.
Pada masa yang sama, jangan lupa untuk mengulangkaji nota-nota yang lain di sini untuk peperiksaan pada hari Isnin, 21 April 2008 Kertas 1 Bahagian A (20 Markah)- Surat Tidak Rasmi Bahagian B (50 Markah)- Karangan Naratif/Diskriptif http://cikguliyana.blogspot.com/search/label/Karangan
Di sini Cikgu ingin mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada kamu semua dan Cikgu juga ingin mengingatkan kelas 1/1, 1/2, 1/3, 1/4, 1/5, 1/7 dan 1/8 mengenai kerja cuti minggu.
Cikgu harap kamu semua dalam keadaan sihat walafiat. Maklumlah ramai di antara kamu telah menduduki peperiksaan bahasa Melayu minggu lalu dan juga ujian umum pada minggu ini. Insha'Allah tidak kepenatan. ;)
Cikgu ingin mewarwakan kepada kamu semua mengenai Minggu Bahasa Ibunda di Sekolah Menengah Coral. Ada bermacam-macam aktivi yang telah dirancangkan untuk murid-murid sekalian:
Peraduan Menulis Esei - Menengah Satu Ekspres dan Normal Akademik
Melukis Jaket Buku (menggunakan sofwe Microsoft Ink Art) Menengah Satu Normal Teknikal
Mereka slaid powerpoint peribahasa - Menengah Dua Normal Teknikal
Silang Kata - untuk semua peringkat
Peraduan Sahiba - Menengah Tiga
Tayangan Filem Melayu - Menengah 4 dan 5
Hadiah akan diberikan kepada pemenang.
Mari sama-sama menjayakan Minggu Bahasa Ibunda kita ini.
Pada hari ini kita telah mempelajari bahagian kedua bagi teknik menjawab soalan pemahaman. Di sini Cikgu sudah melampirkan slaid PowerPoint untuk rujukan kamu semua.
Di sini Cikgu ingin mengingatkan kamu semua mengenai tarikh-tarikh penting yang akan datang.
Ujian Umum - Isnin, 3 Mac, 2008 - 9:30 - 10:30 pagi(masa satu jam akan diberikan) - Ujian akan dijalankan di bilik darjah kamu sendiri. - Kertas 2 (Untuk mengetahui format kerta ini, sila rujuk kepada kertas latihan ujian yang saya berikan kepada kamu di minggu ke-3 bulan Januari, 2008.):
Ujian Tinjauan - Isnin, 25 Februari, 2008 - 2:00 - 3:00 petang (masa satu jam akan diberikan) - Ujian akan dijalankan di bilik darjah 1/1 dan 1/2. - Kertas 1 - (kemungkinan besar, ini adalah dalam bentuk karangan) Kamu akan diberi beberapa tajuk (diantara 3 - 4 soalan), sila pilih satu diantaranya.
Jika kamu dikehendaki hadir untuk CCA, kamu telah diberi kebenaran untuk lambat ke CCA.
Jika kamu dikehendaki hadir untuk kelas Bahasa Melayu Lanjutan di Sekolah Menengah Temasek, kamu tidak perlu turut serta di dalam ujian tinjauan ini.
Salam sejahtera para pelajar. Sudah tiba masanya untuk kita menulis karangan.
Buat minggu ini, kamu dikehendaki menulis sebuah karangan naratif berunsur imaginatif. Sila pilih salah satu diantara tajuk-tajuk di bawah:
Satu Kemalangan di Jalan Raya
Sepasang Kasut Sekolah
Ibu
Tajuk-tajuk ini semua sama dengan tajuk pengenalan yang telah kamu buat minggu lepas.
Sila gunakan PowerPoint slide "Penulisan Kreatif" dan lembaran nota, "Frasa-frasa untuk karangan Naratif/Kreatif" untuk menolong kamu dalam penulisan karangan kamu.
Untuk PowerPoint Slide yang lain, "Karangan Naratif" dan "Pengenalan Karangan," sila rujuk ke Label "Karangan".
Pada hari ini kamu semua telah dapat menonton beberapa klip video di dalam kelas mengenai Leftenan Adnan.
Sepanjang beberapa minggu ini, kita telah pun merangkumi topik-topik yang berkenaan dengan Singapura - tidak kira jika ianya cerita silam ataupun isu yang terkini.
Sempena Minggu Pertahanan Mutlak (Total Defence), Cikgu harap kamu semua dapat merenungkan kepentingan kestabilan negara kita ini, lebih-lebih lagi selepas kamu semua dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai sejarah negara Singapura.
Berdasarkan klip-klip video yang telah kamu lihat, sila jawab soalan-soalan di bawah ini di dalam kotak ulasan/"comments":
Di manakah Leftenan Adnan ditugaskan semasa Perang Dunia Kedua?
Apakah nasihat atau pesanan yang beliau katakan kepada askar-askarnya?
Bagaimana telah Leftenan Adnan menunjukkan kepada masyarakat bahawa orang Melayu sama-sama berkeupayaan untuk mempertahankan negara?
Bayangkan diri kamu sebagai Leftenan Adnan/seorang perwira negara. Apa yang akan kamu lakukan apabila dihadapi dengan masalah?
Peringatan
Kamu diberi hingga hari Ahad, 24 Februari 2008, untuk menjawab semua soalan-soalan tersebut.
Minggu lepas kita telah belajar tentang Kata Hubung.
Nampaknya kamu semua berasa seronok sekali apabila terbaca dan melihat nama-nama kamu digunakan di dalam PowerPoint Slide Cikgu.
Hari ini Cikgu sudah memberikan kamu lembaran nota mengenai apa yang kita pelajari tentang Kata Hubung.
Cikgu berasa gembira kerana kamu semua telah dapat mengisi jawapan di dalam kertas kerja masing-masing dengan baik.
Sila lungsuri slide PowerPoint di bawah ini untuk mengimbas kembali apa yang telah kita pelajari kelmarin.
Bagi mereka yang belum sempat membuat kerja rumah minggu lepas, sila diingatkan bahawa saya meminta supaya kamu semua habiskan Unit 1 dan 2 di dalam buku kerja masing-masing.
Terima Kasih kepada mereka semua yang sudah membuat kerja rumah! (ramai daripada kamu) :)
Salam sejahtera wahai murid-murid ku yang tersayang.
Inilah entri/pos/catatan pertama Cikgu untuk lelaman blog kita ini.
Pada hari ini (Isnin dan Selasa - 4Feb dan 5 Feb) kita telah mempelajari sedikit sebanyak mengenai:
Sang Nila Utama
Buku Sejarah Melayu - Salalatus Salatin (ingatkah kamu siapa penulisnya?)
Cikgu juga sudah sertakan klip video yang kita lihat di dalam kelas tadi.
Jika kamu ingin ketahui lebih lanjut tentang sejarah perkembangan bahasa dan sastera di Nusantara (kepulauan Melayu - Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei) kamu boleh lungsuri lelaman ini:
Buku Kerja - Unit 2 (dan muka surat yang lain - Normal Akademik - 21, 29, 30. Ekspress - 22, 31, 32, 41, 42)
Buku Teks - Kefahaman Unit 3
Selamat berehat!
Temasik
Seorang putera yang mencari erti kehidupan. Sebuah kisah yang menjadi lagenda. Dipetik langsung dari karya agung Sulalatus Salatin,Temasik menghidupkan kisah penemuan negeri Singapura untuk audiens generasi baru. Ikutilah pengembaraanSang Nila Utama menjelajahihutan belantara dan lautanbergelora dalam perjalanan yang akan memaktubkan namanya dalam kitab-kitab sejarah.
Pada minggu ini kita telah pun selesai mempelajari beberapa peribahasa yang baru dan juga yang pernah kita pelajari semasa di sekolah rendah. Kita juga telah berseronok dengan permainan peribahasa - charade - di dalam kelas.
Sila gunakan slaid PowerPoint ini untuk mengulang kaji pelajaran kita.