Selasa, Februari 26, 2008
Siapa ingin...
Siapa di antara pelajar saya berani dan mahir betutur?
Siapa ingin menjadi pelajar "terkenal" di sekolah?
Sesiapa yang berminat, sila hubungi Cikgu melalu e-mel, telefon atau tinggalkan ulasan/pesanan kamu di blog saya ini.
Tawaran ini akan ditutup pada hari Rabu, jam 1:35 petang.
Siapa cepat dia dapat!
:)
Khamis, Februari 21, 2008
Teknik Menjawab Soalan Pemahaman
Salam Sejahtera murid-murid.
Pada hari ini kita telah mempelajari bahagian kedua bagi teknik menjawab soalan pemahaman. Di sini Cikgu sudah melampirkan slaid PowerPoint untuk rujukan kamu semua.
Isnin, Februari 18, 2008
Ujian Umum (Common Test)
Salam Sejahtera murid-murid ku yang tersayang.
Di sini Cikgu ingin mengingatkan kamu semua mengenai tarikh-tarikh penting yang akan datang.
Ujian Umum
- Isnin, 3 Mac, 2008
- 9:30 - 10:30 pagi (masa satu jam akan diberikan)
- Ujian akan dijalankan di bilik darjah kamu sendiri.
- Kertas 2 (Untuk mengetahui format kerta ini, sila rujuk kepada kertas latihan ujian yang saya berikan kepada kamu di minggu ke-3 bulan Januari, 2008.):
- Imbuhan
- Bina Ayat (Kursus Ekspres sahaja.)
Prosedur KlozIsikan tempat kosong- Kefahaman - bentuk penulisan ayat lengkap
Ujian Tinjauan
- Isnin, 25 Februari, 2008
- 2:00 - 3:00 petang (masa satu jam akan diberikan)
- Ujian akan dijalankan di bilik darjah 1/1 dan 1/2.
- Kertas 1 - (kemungkinan besar, ini adalah dalam bentuk karangan)
Kamu akan diberi beberapa tajuk (diantara 3 - 4 soalan), sila pilih satu diantaranya.
- Jika kamu dikehendaki hadir untuk CCA, kamu telah diberi kebenaran untuk lambat ke CCA.
- Jika kamu dikehendaki hadir untuk kelas Bahasa Melayu Lanjutan di Sekolah Menengah Temasek, kamu tidak perlu turut serta di dalam ujian tinjauan ini.
Ahad, Februari 17, 2008
Projek Berdarmawisata di Chinatown
- Kumpulan 1 (Anisah 1/2. Masyithah 1/1. Nadhirah 1/2. Rostina 1/1. Afiqah 1/5.)
- Kumpulan 2 ( Amalina 1/2. Omar 1/5 . Asyraf 1/5. Syafiq1/2. Haikal 1/2. Fazreen 1/2.)
Kelas 1/7, 1/8
Jumaat, Februari 15, 2008
Karangan
Sudah tiba masanya untuk kita menulis karangan.
Buat minggu ini, kamu dikehendaki menulis sebuah karangan naratif berunsur imaginatif.
Sila pilih salah satu diantara tajuk-tajuk di bawah:
- Satu Kemalangan di Jalan Raya
- Sepasang Kasut Sekolah
- Ibu
Tajuk-tajuk ini semua sama dengan tajuk pengenalan yang telah kamu buat minggu lepas.
Sila gunakan PowerPoint slide "Penulisan Kreatif" dan lembaran nota, "Frasa-frasa untuk karangan Naratif/Kreatif" untuk menolong kamu dalam penulisan karangan kamu.
Untuk PowerPoint Slide yang lain, "Karangan Naratif" dan "Pengenalan Karangan," sila rujuk ke Label "Karangan".
Panduan Menulis Karangan Kreatif/Imaginatif
Frasa-frasa Pembantu Menulis Karangan Naratif
Rabu, Februari 13, 2008
Ralat
Karangan berunsur rencana akan ditukarkan kepada karangan imaginatif.
Tajuk-tajuknya akan diberikan di kelas esok.
Hingga bertemu esok!
ps: klip video mengenai Bukit Candu dan Leftenan Adnan akan saya poskan sebentar nanti.
Leftenan Adnan
Sepanjang beberapa minggu ini, kita telah pun merangkumi topik-topik yang berkenaan dengan Singapura - tidak kira jika ianya cerita silam ataupun isu yang terkini.
Sempena Minggu Pertahanan Mutlak (Total Defence), Cikgu harap kamu semua dapat merenungkan kepentingan kestabilan negara kita ini, lebih-lebih lagi selepas kamu semua dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai sejarah negara Singapura.
Berdasarkan klip-klip video yang telah kamu lihat, sila jawab soalan-soalan di bawah ini di dalam kotak ulasan/"comments":
- Di manakah Leftenan Adnan ditugaskan semasa Perang Dunia Kedua?
- Apakah nasihat atau pesanan yang beliau katakan kepada askar-askarnya?
- Bagaimana telah Leftenan Adnan menunjukkan kepada masyarakat bahawa orang Melayu sama-sama berkeupayaan untuk mempertahankan negara?
- Bayangkan diri kamu sebagai Leftenan Adnan/seorang perwira negara. Apa yang akan kamu lakukan apabila dihadapi dengan masalah?
Peringatan
Kamu diberi hingga hari Ahad, 24 Februari 2008, untuk menjawab semua soalan-soalan tersebut.
Leftenan Adnan
Pertempuran di Bukit Candu
Isnin, Februari 11, 2008
Kata Hubung
Minggu lepas kita telah belajar tentang Kata Hubung.
Nampaknya kamu semua berasa seronok sekali apabila terbaca dan melihat nama-nama kamu digunakan di dalam PowerPoint Slide Cikgu.
Hari ini Cikgu sudah memberikan kamu lembaran nota mengenai apa yang kita pelajari tentang Kata Hubung.
Cikgu berasa gembira kerana kamu semua telah dapat mengisi jawapan di dalam kertas kerja masing-masing dengan baik.
Sila lungsuri slide PowerPoint di bawah ini untuk mengimbas kembali apa yang telah kita pelajari kelmarin.
Bagi mereka yang belum sempat membuat kerja rumah minggu lepas, sila diingatkan bahawa saya meminta supaya kamu semua habiskan Unit 1 dan 2 di dalam buku kerja masing-masing.
Terima Kasih kepada mereka semua yang sudah membuat kerja rumah! (ramai daripada kamu)
:)
Jumpa lagi di minggu hadapan!
Selasa, Februari 05, 2008
Selamat Datang!
Inilah entri/pos/catatan pertama Cikgu untuk lelaman blog kita ini.
Pada hari ini (Isnin dan Selasa - 4Feb dan 5 Feb) kita telah mempelajari sedikit sebanyak mengenai:
- Sang Nila Utama
- Buku Sejarah Melayu - Salalatus Salatin (ingatkah kamu siapa penulisnya?)
Cikgu juga sudah sertakan klip video yang kita lihat di dalam kelas tadi.
Jika kamu ingin ketahui lebih lanjut tentang sejarah perkembangan bahasa dan sastera di Nusantara (kepulauan Melayu - Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei) kamu boleh lungsuri lelaman ini:
Jangan Lupa :)
Kerja rumah buat minggu ini:
- Ulasan Berita
- Jurnal Mingguan
- Buku Kerja - Unit 2 (dan muka surat yang lain - Normal Akademik - 21, 29, 30. Ekspress - 22, 31, 32, 41, 42)
- Buku Teks - Kefahaman Unit 3
Selamat berehat!
Temasik
Seorang putera yang mencari erti kehidupan. Sebuah kisah yang menjadi lagenda. Dipetik langsung dari karya agung Sulalatus Salatin,Temasik menghidupkan kisah penemuan negeri Singapura untuk audiens generasi baru. Ikutilah pengembaraanSang Nila Utama menjelajahihutan belantara dan lautanbergelora dalam perjalanan yang akan memaktubkan namanya dalam kitab-kitab sejarah.
http://inkblotstudios-temasik.blogspot.com/
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Jumaat, Februari 01, 2008
Peribahasa
Pada minggu ini kita telah pun selesai mempelajari beberapa peribahasa yang baru dan juga yang pernah kita pelajari semasa di sekolah rendah.
Kita juga telah berseronok dengan permainan peribahasa - charade - di dalam kelas.
Sila gunakan slaid PowerPoint ini untuk mengulang kaji pelajaran kita.
Peribahasa - Kursus Ekspres & Normal Akademik
Peribahasa - Kursus Normal Teknikal