Khamis, Julai 24, 2008

Selamat Maju Jaya!

Salaam sejahtera murid-murid Cikgu yang dikasihi.
Di sini Cikgu ingin mengucapkan "Selamat Tinggal." Saya rasa ramai di antara awak tidak sedar yang Cikgu ini sudah tidak lagi mengajar di Sekolah Menengah Coral.
Di mana Cikgu sekarang?
Cikgu berada di NIE.
Insha'Allah kita akan berjumpa lagi di masa hadapan.
Di sini Cikgu ingin meninggalkan beberapa pesanan kepada kamu semua:
1) Dengar cakap Cikgu Aishah dan jangan nakal-nakal, ya?
2) Belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Sesiapa sahaja yang rajin itu, pasti tidak akan rugi.
3) Hormat dan dengar kata orang tua.
4) Jaga kelakuan dan tata tertib kamu.

Saya harap kamu semua akan berjaya mencapai cita-cita masing-masing, insha'Allah.

Salam sayang,
Cikgu Liyana

(jangan bimbang. kamu semua kan ada nombor dan emel saya? Jika ada keperluan, hubungi saya.)