Ahad, Mac 16, 2008

Jadual Baru

Klik pautan di bawah untuk dapatkan jadual baru. Pada masa yang sama, sila catatkan bilik darjah baru yang akan digunakan untuk kelas Bahasa Melayu.

Bilik Kelas Bahasa Melayu - History Room

Bilik Kelas Bahasa Melayu - Enrichment Room 1

Bilik Kelas Bahasa Melayu - History Room

Bilik Kelas Bahasa Melayu - Mother Tongue Room 2

Bilik Kelas Bahasa Melayu - Mother Tongue Room 2

Jumaat, Mac 07, 2008

Selamat Bercuti dan Kerja Cuti Minggu

Salam sejahtera murid-murid,

Di sini Cikgu ingin mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada kamu semua dan Cikgu juga ingin mengingatkan kelas 1/1, 1/2, 1/3, 1/4, 1/5, 1/7 dan 1/8 mengenai kerja cuti minggu.
  1. Jurnal Mingguan
  2. Ulasan Cerpen

(sila klik pautan untuk melihat dokumen)

Hingga berjumpa lagi di minggu hadapan dan Cikgu harap kamu semua akan menjaga diri masing-masing dengan baik, insha'Allah.

Isnin, Mac 03, 2008

Minggu Bahasa Ibunda

Lestarikan Amalan Membaca

Salam sejahtera murid-murid.

Cikgu harap kamu semua dalam keadaan sihat walafiat. Maklumlah ramai di antara kamu telah menduduki peperiksaan bahasa Melayu minggu lalu dan juga ujian umum pada minggu ini. Insha'Allah tidak kepenatan. ;)

Cikgu ingin mewarwakan kepada kamu semua mengenai Minggu Bahasa Ibunda di Sekolah Menengah Coral. Ada bermacam-macam aktivi yang telah dirancangkan untuk murid-murid sekalian:

  • Peraduan Menulis Esei - Menengah Satu Ekspres dan Normal Akademik
  • Melukis Jaket Buku (menggunakan sofwe Microsoft Ink Art) Menengah Satu Normal Teknikal
  • Mereka slaid powerpoint peribahasa - Menengah Dua Normal Teknikal
  • Silang Kata - untuk semua peringkat
  • Peraduan Sahiba - Menengah Tiga
  • Tayangan Filem Melayu - Menengah 4 dan 5

Hadiah akan diberikan kepada pemenang.

Mari sama-sama menjayakan Minggu Bahasa Ibunda kita ini.