Isnin, Februari 18, 2008

Ujian Umum (Common Test)

Salam Sejahtera murid-murid ku yang tersayang.

Di sini Cikgu ingin mengingatkan kamu semua mengenai tarikh-tarikh penting yang akan datang.

Ujian Umum
- Isnin, 3 Mac, 2008
- 9:30 - 10:30 pagi (masa satu jam akan diberikan)
- Ujian akan dijalankan di bilik darjah kamu sendiri.
- Kertas 2 (Untuk mengetahui format kerta ini, sila rujuk kepada kertas latihan ujian yang saya berikan kepada kamu di minggu ke-3 bulan Januari, 2008.):

  1. Imbuhan
  2. Bina Ayat (Kursus Ekspres sahaja.)
  3. Prosedur Kloz Isikan tempat kosong
  4. Kefahaman - bentuk penulisan ayat lengkap

Ujian Tinjauan
- Isnin, 25 Februari, 2008
- 2:00 - 3:00 petang (masa satu jam akan diberikan)
- Ujian akan dijalankan di bilik darjah 1/1 dan 1/2.
- Kertas 1 - (kemungkinan besar, ini adalah dalam bentuk karangan)
Kamu akan diberi beberapa tajuk (diantara 3 - 4 soalan), sila pilih satu diantaranya.

  • Jika kamu dikehendaki hadir untuk CCA, kamu telah diberi kebenaran untuk lambat ke CCA.
  • Jika kamu dikehendaki hadir untuk kelas Bahasa Melayu Lanjutan di Sekolah Menengah Temasek, kamu tidak perlu turut serta di dalam ujian tinjauan ini.

Tiada ulasan: