Isnin, Februari 11, 2008

Kata Hubung

Salam sejahtera pelajar 2/7!

Minggu lepas kita telah belajar tentang Kata Hubung.

Nampaknya kamu semua berasa seronok sekali apabila terbaca dan melihat nama-nama kamu digunakan di dalam PowerPoint Slide Cikgu.

Hari ini Cikgu sudah memberikan kamu lembaran nota mengenai apa yang kita pelajari tentang Kata Hubung.

Cikgu berasa gembira kerana kamu semua telah dapat mengisi jawapan di dalam kertas kerja masing-masing dengan baik.

Sila lungsuri slide PowerPoint di bawah ini untuk mengimbas kembali apa yang telah kita pelajari kelmarin.

Bagi mereka yang belum sempat membuat kerja rumah minggu lepas, sila diingatkan bahawa saya meminta supaya kamu semua habiskan Unit 1 dan 2 di dalam buku kerja masing-masing.

Terima Kasih kepada mereka semua yang sudah membuat kerja rumah! (ramai daripada kamu)
:)

Jumpa lagi di minggu hadapan!

Tiada ulasan: