Jumaat, April 11, 2008

Erti Persahabatan

Salam sejahtera wahai murid-murid yang tersayang.

Sempena Minggu Persahabatan Antarabangsa, kita telah pun mendengar lagu "Erti Persahabatan" dinyanyikan oleh Didi Cazli.

Sekarang, sila jawab soalan-soalan ini di bahagian "ulasan" / "comments"

  • Pada pendapat kamu, berikan erti persahabatan?
  • Berikan cara-cara bagaimana kita boleh eratkan tali persahabatan.




Read this doc on Scribd: Erti Persahabatan

41 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya, persahabatan ertinya mempunyai seorang rakan yang setia. Ia juga mengerti perhubungan antara seorang diri ke seorang lain atau dalam satu kumpulan.
Cara-cara untuk mengeratkan satu perhubungan ialah untuk mengelakkan pergaduhan. Kami juga tidak harus memalukan rakan-rakan kami.

Deena Sabrina satutujuh1/7

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat kamu, apakah erti persahabatan?
Pada pendapat saya, persahabatan ialah sebuah hubungan yang erat di antara beberapa orang. Yang paling baik tentang hubungan ini ialah kita dapat mengeratkan hubungan kami dengan orang lain. Dengan membuat ini, kita dapat mengenali orang daripada pelbagai keluarga. Dengan ini, kita dapat membuka bulatan persahabatan kami.

Berikan cara-cara bagaimana kita boleh eratkan tali persahabatan.
Cara-caranya adalah mengenal pasti hobi-hobi mereka, kegemaran mereka.Kami juga boleh mengenali dan memahami satu sama lain. Juga, kita harus sering bersama mereka untuk lebih mengenali mereka.

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat kamu, berikan erti persahabatan?
-Pada hemat saya, ia bermaksud jalinan hubungan yang erat antara seseorang teman yang setia dan saling menemani saya bila-bila sahaja(:
Berikan cara-cara bagaimana kita boleh eratkan tali persahabatan
- Dengan saling memahami satu sama lain, sanggup berkorban nasib, sentiasa berada di sisi untuk menemani ini akan menyebabkan seseorang itu sering bersama teman nya itu. :D

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat kamu, berikan erti persahabatan?
- Pada pendapat saya, persahabatan ialah perhubungan sebagai seorang sahabat tidak kira akrab atau biasa.

Berikan cara-cara bagaimana kita boleh eratkan tali persahabatan.
- Kita tidak sepatutunya bergaduh antara satu sama lain.
- Jangan berkasar bahasa dengan kawan kamu jika kamu sedang berasa marah.
- Fahami kawan kamu.
- Luangkan masa kamu dengan kawan kamu.

Nama : Siti Aishah(17)
kelas : 1.8

Tanpa Nama berkata...

- Pada saya, persahabatan bererti mepunyai seorang rakan yang boleh meluangkan masa bersama.

- Kita boleh meluangkan lebih masa bersama rakan, tidak bergaduh kerana masalah yang kecil dan saling bantu-membantu.

Tanpa Nama berkata...

Soalan 1:Erti persahabatan adalah bahawa seseorang itu dapat menerima diri anda dan beliau akan berada di sisi anda di saat-saat anda memerlunya.

Soalan 2:Saling membantu,jangan jadi seperti itik berebutkan tembolok(gaduh kerana perkara kecil),menolong dengan ikhlas hati.

Amal Nasuha 1.7

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya, Erti persahabatan adalah tentang rakan yang sesama sejati. Rakan yang akan bersamamu tanpa masa duka atau gembira. :) Terima

Kita boleh menolong rakan kita dalam apa-apa sahaja.

Tanpa Nama berkata...

farhah
pada pendapat saya,erti persahabatan adalah sebuah hubungan yang erat di antara beberapa orang.Cara untuk mengeratkan satu hubungan adalah untuk mengelakkan pergaduhan dan oerdengkian.

farhah amni 1/8

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya,persahabatan ertinya mempunyai kawan yang selalu akan berada di tepiku untuk menolong saya jika saya perlukan pertolongan. Cara- cara untuk mengeratkan perhubungan ialah meluangkan masa dengan kawan-kawan kami.Jangan bertengkar untuk perkara yang kecil.=)

Nur Amiirah(14)1.8

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat saya, persahabatan ialah jalinan antara seorang yang kamu dapat memberitahu masalah kamu terhadapnya dan sebagainya.
Kita harus mengelak pergaduhan dan kita harus memercayai seorang kawan itu supaya kawan itu akan memercayai kami. Itulah bernama kawan.

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya, persahabatan adalah tentang rakan yang akrab dan akan setia selama-lamanya. Cara untuk mengeratkan persahabatan adalah untuk berbincang apabila perkara buruk telah berlaku.

Ashraf 1/7

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat saya, erti persahabatan ialah hubungan antara seseorang dengan teman-teman rapatnya.

hidayu

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa bahawa persahabatan ertinya perhubungan antara beberapa orang sudah menjadi sangat erat.Bagaimana kita boleh eratkan tali persahabatan?Kita boleh elakkan dari masalah seperti pergaduhan,pertuduhan dan juga kita boleh meluangkan masa dengan keluar jalan-jalan bersama kawan baik kita

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat kamu, berikan erti persahabatan?
Pada pendapat saya, persahabatan ertinya ikatan erat dengan kawan. Ia juga bermakna kita harus sentiasa menyokongnya dan tidak bercakap jahat pasalnya di belakangnya.

Berikan cara-cara bagaimana kita boleh eratkan tali persahabatan.
Kita harus selalu bersama dengan kawan kita. Kita pun tak boleh bergaduh dengan kawan kita.

Nur Afiqah 1/5

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat kamu, berikan erti persahabatan?
Persahabatan bermaksud ikatan erat dengan orang lain. Kita boleh berkawan dengan semua orang.

Berikan cara-cara bagaimana kita boleh eratkan tali persahabatan.
Kita harus menolong kawan kita dalam benda yang baik. Kita tidak boleh bercakap buruk tentang kawan kita di belakang mereka. Kita pun harus berbaik dengan kawan kita.

Syafiqah 1/2

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa bahawa persahabatan ertinya perhubungan antara beberapa orang sudah menjadi sangat erat.Bagaimana kita boleh eratkan tali persahabatan?Kita boleh elakkan dari masalah seperti pergaduhan,pertuduhan dan juga kita boleh meluangkan masa dengan keluar jalan-jalan bersama kawan baik kita

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat saya , erti persahabatan adalah memiliki rakan karib yang setia dan tidak akan mensia-siakan anda . dengan mempunyai sahabat , kita dapat memberitahu masalah kita atau tempat berkongsi cerita dengannya .
bukan itu sahaja tetapi kita juga harus menjaga hati rakan kita dan jangan sekali-kali memalukan mereka dengan cara yang buruk .

cara-cara untuk mengeratkan perhubungan kita dengan rakan karib kita adalah dengan memahami antara satu sama lain , dengan membahagiakan mereka , atau kita memberikannya sesuatu apabila tibanya hari istimewa rakan karib kita .

Norsaidah Nafisah(11)1/3 .

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya, persahabatan ialah satu perkara yang penting. Tanpa persahabatan, kita semua akan berasa sunyi. Tiada permainan, musik, ketawa dan pelajaran. Tetapi kalau ada persahabatan, kita semua boleh buat semua itu. Satu perkara penting tentang persahabatam ialah berbuat baik dengan sama lain. Dengan kelakuan itu, kita semua bersahabat,

Danial 1/3

Hello Cikgu Liyana ^_^

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa bahawa persahabatan ertinya perhubungan antara beberapa orang sudah menjadi sangat erat. Kita boleh elakkan dari masalh seperti bergaduhan dan kita juga boleh meluangkan masa dengan belajar sama - sama atau berjalan ke pusat membeli - belah bersama kawan kita
Rahman
1/4

Tanpa Nama berkata...

Persahabatan adalah perihal sahabat . Pada pendapat saya ,persahabtan adalah mempunyai sahabat yang setia . Sahabat itu sanggup menjalani segala pahit dan manis yang kita menjalani . Persahabtan begini seperti tali yang tiada penghujungnya .Ia pasti berterusan walaupun sedang berjauhan . Kata orang ,"Jauh di mata, Dekat di hati ."

Cara-cara untuk mengeratkan satu pehugungan:-
1. Saling mengambil berat tentang keadaan masing-masing .
2. Saling bantu-membantu pada masa yang sesuai .
3. Hidup bagai aur dengan tebing .
4. Sentiasa di sisi masing-masing untuk mengongsi situasi pahit dan manis .
Dengan ini, kedua-dua pihak tidak mempunyai sebarang masalah dan perselihan faham

Nama : Nur Sabrina
Kelas : 1.5

Tanpa Nama berkata...

1.Berikan cara-cara bagaimana kita boleh eratkan tali persahabatan.

Pada pendapat saya kita harus saling hormati satu sama lain.

Tanpa Nama berkata...

1. Berikan cara-cara bagaimana kita boleh eratkan tali persahabatan.

-Berbual-bual mengngenali masalah.
-Belajar sama-sama.

Tanpa Nama berkata...

1. Berikan cara-cara bagaimana kita boleh eratkan tali persahabatan.

• Kita boleh meluang masa bersama rakan.
• Kita boleh menolong rakan kita.

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat saya, kita boleh tolong kawan-kawan kita yang nak bertolongan

Tanpa Nama berkata...

1. Berikan cara-cara bagaimana kita boleh eratkan tali persahabatan.
Pada pendapat saya kita harus saling hormati satu sama lain.
Kita harus saling memahami satu same lain.

Tanpa Nama berkata...

1. Berikan cara-cara bagaimana kita boleh eratkan tali persahabatan. untuk berlanja kawan ,saling menyangi kawan.

Tanpa Nama berkata...

1. Berikan cara-cara bagaimana kita boleh eratkan tali persahabatan.
Pada pendapat saya, kita harus saling memahami supaya kita boleh eratkan tali persahabatan.

Tanpa Nama berkata...

1. Berikan cara-cara bagaimana kita boleh eratkan tali persahabatan.

Pada pendapat saya, kita harus saling memahami supaya kita boleh eratkan tali persahabatan.

Tanpa Nama berkata...

Erti persahabatan ialah kawan yang
sebaik.

Tanpa Nama berkata...

erti persahabatam ialah sayang meyayang bersama2 antara satu sama lain 1/6 siti nur ain

Tanpa Nama berkata...

Erti pashabatan ialah kawan.

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya kawan saya selalu menolong saya bajaimana hendak membuat kerja saya.

Tanpa Nama berkata...

Erti Perbahasa ialah kawan yang sebaik

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat kamu, apakah erti persahabatan?

Pesahabatan adalah seseorang yang kita boleh percaya dan tidak akan menipu kita?

The one and only:
Muhammad.Syafiq
1/6

Tanpa Nama berkata...

Erti persahabatan ialah berbaik budi bersama-sama antarac satu sama lain. Jangan sakiy kan hati mereka.

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya kawan saya selalu menolong saya bajaimana hendak membuat kerja saya.

Tanpa Nama berkata...

eRTI PERSAHABATAN IALAH UNTUK MEMBUT KAWN DAN MENJADI KAWAN KARIB UNTUK SELAMA-LAMANYA ITULAH ERTI PERSAHABATAN SAYA

Tanpa Nama berkata...

2. Kami boleh berjalan-jalan bersama dan juga bercakap tentang diri kita

Tanpa Nama berkata...

1. Pada pendapat saya, saya akan rapat dengan kawan saya dan menolong mereka kalau ada masalah

~Habisha(01)~ ~1/6~

Tanpa Nama berkata...

1. Pada pendapat saya, kawan akan menolong awak kalau kita ada masala.

Adilla berkata...

Pada pendapat saya, persahabatan adalah sesuatu yg membolehkan kita berkongsi semuanya dengan mereka.
Ianya juga boleh mengeratkan persahabatan sesama kaum.adakalanya kita akan bergaduh.