Khamis, Julai 24, 2008

Selamat Maju Jaya!

Salaam sejahtera murid-murid Cikgu yang dikasihi.
Di sini Cikgu ingin mengucapkan "Selamat Tinggal." Saya rasa ramai di antara awak tidak sedar yang Cikgu ini sudah tidak lagi mengajar di Sekolah Menengah Coral.
Di mana Cikgu sekarang?
Cikgu berada di NIE.
Insha'Allah kita akan berjumpa lagi di masa hadapan.
Di sini Cikgu ingin meninggalkan beberapa pesanan kepada kamu semua:
1) Dengar cakap Cikgu Aishah dan jangan nakal-nakal, ya?
2) Belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Sesiapa sahaja yang rajin itu, pasti tidak akan rugi.
3) Hormat dan dengar kata orang tua.
4) Jaga kelakuan dan tata tertib kamu.

Saya harap kamu semua akan berjaya mencapai cita-cita masing-masing, insha'Allah.

Salam sayang,
Cikgu Liyana

(jangan bimbang. kamu semua kan ada nombor dan emel saya? Jika ada keperluan, hubungi saya.)

Isnin, Jun 30, 2008

Latihan Pemahaman & Bahasa - 2 NT

Salam sejahtera para pelajar kelas 2/7. Pada hari ini kita akan membuat beberapa latihan pemahaman dan bahasa.

Sila klik di pautan berikut:

1) http://www.classmarker.com/

2) Mulakan latihan :)

  • Pemahaman - Unit 7 - Apa Untungnya?
  • Pemahaman - Unit 8 - Ucapan Ulang Tahun
  • Bahasa - Kata Penegas
  • Isi Tempat Kosong

Sila rujuk kepada petikan karangan berikut untuk menjawab soalan-soalan pemahaman.

Buku Teks - Unit 7 - Apa Untungnya?



Read this document on Scribd: 2NT-Unit7


Buku Kerja - Unit 8 - Ucapan Hari Ulang Tahun



Read this document on Scribd: 2NT Unit 8 - Ucapan Hari Ulang Tahun

Pertandingan Blogging 2008

Salam sejahtera para pelajar.
Seperti mana yang telah Cikgu umumkan di dalam kelas minggu lepas mengenai pertandingan "Blogging 2008" anjuran Maktab Rendah Tampines dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura sempena Bulan Bahasa tahun 2008, di sini saya akan muat naikkan syarat-syarat pertandingan tersebut.

Pada masa yang sama, saya telah mengambil keputusan untuk membuat projek blogging ini wajib bagi semua para pelajar Menengah 1 - Ekspress dan Normal Akademik.

Tahap 1 - Menghasilkan blog sendiri.
Tahap 2 - Semua pelajar perlu muatnaikan satu entri mengenai permainan tradisional - tidak kira jika ianya hanya satu renungan, gambar, video, lukisan, pantun, sajak, syair dan lain-lain.
Tahap 3 - Semua pelajar perlu muat naikan karangan ekspositori mengenai Permainan Tradisional.

Saya akan berbincang dengan kamu semua dengan lebih lanjut tentang kerja-kerja yang perlu diselesaikan.

Blog Contoh:
http://bb2008-liyana.blogspot.com/
http://bb2008-pertandinganblogging.blogspot.com




Read this document on Scribd: Syarat Pertandingan Blogging 2008 final


Read this document on Scribd: Surat Rasmi - Pertandingan Blog


Jumaat, Jun 27, 2008

Latihan Pemahaman & Bahasa

Salam sejahtera para pelajar kelas 1/6 dan selamat bertemu kembali! :)
Pada hari ini kita akan buat beberapa latihan pemahaman dan bahasa.
Sila klik di pautan berikut:

1) http://www.classmarker.com/
2) Mulakan latihan :)

Sila rujuk kepada petikan karangan berikut untuk menjawab soalan-soalan pemahaman.
Petikan karangan juga boleh didapati di buku teks kamu.

Tempat Jauh Lagi Dikenang














E-mel




Isnin, Jun 23, 2008

Dialog

Selamat bertemu kembali, murid-murid yang Cikgu kasihi.
Pada minggu ini kamu semua telah belajar tentang cara menulis dialog.
Cikgu harap kamu dapat mengulangkaji apa yang telah dipelajari di dalam kelas.
Sila ingat bahawa Cikgu percaya kamu semua boleh mendapat markah yang baik dalam Bahagian A di dalam Kertas 1.

Jumaat, April 25, 2008

Mari Berpantun

Pada minggu ini kita telah pelajari tentang pantun.
Pada yang berminat, sila lungsuri slaid-slaid Cikgu ini, serta tonton semula klip-klip video yang telah dimainkan di kelas.



Berbalas Pantun Aidilfitri 2007 - Warna 94.2FM
Berbalas Pantun Aidilfitri 2007 - Warna 94.2FM

Bibik Berdondang Sayang


Abdullah Cik & Normadiah - Dondang Sayang

Khamis, April 24, 2008

E-Latihan - Menengah 2 NT

Salam sejahtera murid-murid 2/7.

Pada hari ini kita akan membuat beberapa e-latihan melalui lelaman www.classmarker.com

Sila letakkan nama pengguna dan kata kunci untuk membuat e-latihan kamu melalui www.classmarker.com

Petikan karangan boleh didapati daripada fail "Students Projek Area," Cikgu.

Ataupun di sini:

Unit 5 - Sumbangan
Read this doc on Scribd: Unit5


Unit 6 - Mak Cik Chan
Read this doc on Scribd: Unit6


Unit 7 - Apa Untungnya?
Read this doc on Scribd: 2NT-Unit7

Rabu, April 23, 2008

Peribahasa II

Salam sejahtera wahai murid-murid.

Sila hayati slaid powerpoint berikut dan jangan lupa untuk mengulang kaji semua peribahasa-peribahasa ini untuk peperiksaan kamu. Sila ketik ke pautan ini untuk mengulang kaji peribahasa yang lalu. ---> PERIBAHASA

Pada masa yang sama, jangan lupa untuk gunakan kertas lembaran yang diberikan di dalam kelas, "Cerita Peribahasa" untuk pelajaran kamu juga.


Jumaat, April 18, 2008

Nota Ujian Lisan - Perbualan

Pada minggu ini kita telah berbincang sedikit tentang ujian lisan kamu. Di sini Cikgu ada muatkan nota untuk menolong ujian lisan kamu, bahagian perbualan.
Sila rujuk kepada nota berikut.

Pada masa yang sama, jangan lupa untuk mengulangkaji nota-nota yang lain di sini untuk peperiksaan pada hari Isnin, 21 April 2008
Kertas 1
Bahagian A (20 Markah)- Surat Tidak Rasmi
Bahagian B (50 Markah)- Karangan Naratif/Diskriptif
http://cikguliyana.blogspot.com/search/label/Karangan






Read this doc on Scribd: Nota Perbualan Lisan



Khamis, April 17, 2008

Latihan Pemahaman

Sila klik pautan untuk menjawab soalan pemahaman berikut:

1) http://www.classmarker.com/

2) Mulakan latihan - "Tempat Jauh Lagi Dikenang"


Jumaat, April 11, 2008

Erti Persahabatan

Salam sejahtera wahai murid-murid yang tersayang.

Sempena Minggu Persahabatan Antarabangsa, kita telah pun mendengar lagu "Erti Persahabatan" dinyanyikan oleh Didi Cazli.

Sekarang, sila jawab soalan-soalan ini di bahagian "ulasan" / "comments"

  • Pada pendapat kamu, berikan erti persahabatan?
  • Berikan cara-cara bagaimana kita boleh eratkan tali persahabatan.




Read this doc on Scribd: Erti Persahabatan

Khamis, April 10, 2008

Projek Brosur - 1/7, 1/8

Kumpulan 1
Read this doc on Scribd: Bola Jaring


Kumpulan 2

Read this doc on Scribd: Memanjat Tembok


Kumpulan 3

Read this doc on Scribd: Bola Jaring

Jumaat, April 04, 2008

Menulis Surat Tidak Rasmi

Salam sejahtera murid-murid,

Ini adalah nota Format Surat Kiriman Tidak Rasmi yang telah kita pelajari di dalam kelas.

Ahad, Mac 16, 2008

Jadual Baru

Klik pautan di bawah untuk dapatkan jadual baru. Pada masa yang sama, sila catatkan bilik darjah baru yang akan digunakan untuk kelas Bahasa Melayu.

Bilik Kelas Bahasa Melayu - History Room

Bilik Kelas Bahasa Melayu - Enrichment Room 1

Bilik Kelas Bahasa Melayu - History Room

Bilik Kelas Bahasa Melayu - Mother Tongue Room 2

Bilik Kelas Bahasa Melayu - Mother Tongue Room 2

Jumaat, Mac 07, 2008

Selamat Bercuti dan Kerja Cuti Minggu

Salam sejahtera murid-murid,

Di sini Cikgu ingin mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada kamu semua dan Cikgu juga ingin mengingatkan kelas 1/1, 1/2, 1/3, 1/4, 1/5, 1/7 dan 1/8 mengenai kerja cuti minggu.
  1. Jurnal Mingguan
  2. Ulasan Cerpen

(sila klik pautan untuk melihat dokumen)

Hingga berjumpa lagi di minggu hadapan dan Cikgu harap kamu semua akan menjaga diri masing-masing dengan baik, insha'Allah.

Isnin, Mac 03, 2008

Minggu Bahasa Ibunda

Lestarikan Amalan Membaca

Salam sejahtera murid-murid.

Cikgu harap kamu semua dalam keadaan sihat walafiat. Maklumlah ramai di antara kamu telah menduduki peperiksaan bahasa Melayu minggu lalu dan juga ujian umum pada minggu ini. Insha'Allah tidak kepenatan. ;)

Cikgu ingin mewarwakan kepada kamu semua mengenai Minggu Bahasa Ibunda di Sekolah Menengah Coral. Ada bermacam-macam aktivi yang telah dirancangkan untuk murid-murid sekalian:

  • Peraduan Menulis Esei - Menengah Satu Ekspres dan Normal Akademik
  • Melukis Jaket Buku (menggunakan sofwe Microsoft Ink Art) Menengah Satu Normal Teknikal
  • Mereka slaid powerpoint peribahasa - Menengah Dua Normal Teknikal
  • Silang Kata - untuk semua peringkat
  • Peraduan Sahiba - Menengah Tiga
  • Tayangan Filem Melayu - Menengah 4 dan 5

Hadiah akan diberikan kepada pemenang.

Mari sama-sama menjayakan Minggu Bahasa Ibunda kita ini.

Selasa, Februari 26, 2008

Siapa ingin...

Salam sejahtera wahai murid-murid.

Siapa di antara pelajar saya berani dan mahir betutur?
Siapa ingin menjadi pelajar "terkenal" di sekolah?

Sesiapa yang berminat, sila hubungi Cikgu melalu e-mel, telefon atau tinggalkan ulasan/pesanan kamu di blog saya ini.

Tawaran ini akan ditutup pada hari Rabu, jam 1:35 petang.

Siapa cepat dia dapat!
:)

Khamis, Februari 21, 2008

Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Salam Sejahtera murid-murid.

Pada hari ini kita telah mempelajari bahagian kedua bagi teknik menjawab soalan pemahaman. Di sini Cikgu sudah melampirkan slaid PowerPoint untuk rujukan kamu semua.



Isnin, Februari 18, 2008

Ujian Umum (Common Test)

Salam Sejahtera murid-murid ku yang tersayang.

Di sini Cikgu ingin mengingatkan kamu semua mengenai tarikh-tarikh penting yang akan datang.

Ujian Umum
- Isnin, 3 Mac, 2008
- 9:30 - 10:30 pagi (masa satu jam akan diberikan)
- Ujian akan dijalankan di bilik darjah kamu sendiri.
- Kertas 2 (Untuk mengetahui format kerta ini, sila rujuk kepada kertas latihan ujian yang saya berikan kepada kamu di minggu ke-3 bulan Januari, 2008.):

  1. Imbuhan
  2. Bina Ayat (Kursus Ekspres sahaja.)
  3. Prosedur Kloz Isikan tempat kosong
  4. Kefahaman - bentuk penulisan ayat lengkap

Ujian Tinjauan
- Isnin, 25 Februari, 2008
- 2:00 - 3:00 petang (masa satu jam akan diberikan)
- Ujian akan dijalankan di bilik darjah 1/1 dan 1/2.
- Kertas 1 - (kemungkinan besar, ini adalah dalam bentuk karangan)
Kamu akan diberi beberapa tajuk (diantara 3 - 4 soalan), sila pilih satu diantaranya.

  • Jika kamu dikehendaki hadir untuk CCA, kamu telah diberi kebenaran untuk lambat ke CCA.
  • Jika kamu dikehendaki hadir untuk kelas Bahasa Melayu Lanjutan di Sekolah Menengah Temasek, kamu tidak perlu turut serta di dalam ujian tinjauan ini.

Ahad, Februari 17, 2008

Projek Berdarmawisata di Chinatown

Kelas 1/1, 1/2, 1/5
  • Kumpulan 1 (Anisah 1/2. Masyithah 1/1. Nadhirah 1/2. Rostina 1/1. Afiqah 1/5.)





  • Kumpulan 2 ( Amalina 1/2. Omar 1/5 . Asyraf 1/5. Syafiq1/2. Haikal 1/2. Fazreen 1/2.)





Kelas 1/7, 1/8

Jumaat, Februari 15, 2008

Karangan

Salam sejahtera para pelajar.
Sudah tiba masanya untuk kita menulis karangan.

Buat minggu ini, kamu dikehendaki menulis sebuah karangan naratif berunsur imaginatif.
Sila pilih salah satu diantara tajuk-tajuk di bawah:
  1. Satu Kemalangan di Jalan Raya
  2. Sepasang Kasut Sekolah
  3. Ibu

Tajuk-tajuk ini semua sama dengan tajuk pengenalan yang telah kamu buat minggu lepas.

Sila gunakan PowerPoint slide "Penulisan Kreatif" dan lembaran nota, "Frasa-frasa untuk karangan Naratif/Kreatif" untuk menolong kamu dalam penulisan karangan kamu.

Untuk PowerPoint Slide yang lain, "Karangan Naratif" dan "Pengenalan Karangan," sila rujuk ke Label "Karangan".

Panduan Menulis Karangan Kreatif/Imaginatif



Frasa-frasa Pembantu Menulis Karangan Naratif

Rabu, Februari 13, 2008

Ralat

Bagi para pelajar Menengah 1 Ekpres dan Normal Akademik, Cikgu telah mengambil keputusan untuk menukar topik karangan kamu.

Karangan berunsur rencana akan ditukarkan kepada karangan imaginatif.

Tajuk-tajuknya akan diberikan di kelas esok.

Hingga bertemu esok!

ps: klip video mengenai Bukit Candu dan Leftenan Adnan akan saya poskan sebentar nanti.

Leftenan Adnan

Pada hari ini kamu semua telah dapat menonton beberapa klip video di dalam kelas mengenai Leftenan Adnan.

Sepanjang beberapa minggu ini, kita telah pun merangkumi topik-topik yang berkenaan dengan Singapura - tidak kira jika ianya cerita silam ataupun isu yang terkini.

Sempena Minggu Pertahanan Mutlak (Total Defence), Cikgu harap kamu semua dapat merenungkan kepentingan kestabilan negara kita ini, lebih-lebih lagi selepas kamu semua dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai sejarah negara Singapura.

Berdasarkan klip-klip video yang telah kamu lihat, sila jawab soalan-soalan di bawah ini di dalam kotak ulasan/"comments":


  1. Di manakah Leftenan Adnan ditugaskan semasa Perang Dunia Kedua?

  2. Apakah nasihat atau pesanan yang beliau katakan kepada askar-askarnya?

  3. Bagaimana telah Leftenan Adnan menunjukkan kepada masyarakat bahawa orang Melayu sama-sama berkeupayaan untuk mempertahankan negara?

  4. Bayangkan diri kamu sebagai Leftenan Adnan/seorang perwira negara. Apa yang akan kamu lakukan apabila dihadapi dengan masalah?

Peringatan


Kamu diberi hingga hari Ahad, 24 Februari 2008, untuk menjawab semua soalan-soalan tersebut.


Leftenan Adnan


Pertempuran di Bukit Candu

Isnin, Februari 11, 2008

Kata Hubung

Salam sejahtera pelajar 2/7!

Minggu lepas kita telah belajar tentang Kata Hubung.

Nampaknya kamu semua berasa seronok sekali apabila terbaca dan melihat nama-nama kamu digunakan di dalam PowerPoint Slide Cikgu.

Hari ini Cikgu sudah memberikan kamu lembaran nota mengenai apa yang kita pelajari tentang Kata Hubung.

Cikgu berasa gembira kerana kamu semua telah dapat mengisi jawapan di dalam kertas kerja masing-masing dengan baik.

Sila lungsuri slide PowerPoint di bawah ini untuk mengimbas kembali apa yang telah kita pelajari kelmarin.

Bagi mereka yang belum sempat membuat kerja rumah minggu lepas, sila diingatkan bahawa saya meminta supaya kamu semua habiskan Unit 1 dan 2 di dalam buku kerja masing-masing.

Terima Kasih kepada mereka semua yang sudah membuat kerja rumah! (ramai daripada kamu)
:)

Jumpa lagi di minggu hadapan!

Selasa, Februari 05, 2008

Selamat Datang!

Salam sejahtera wahai murid-murid ku yang tersayang.

Inilah entri/pos/catatan pertama Cikgu untuk lelaman blog kita ini.

Pada hari ini (Isnin dan Selasa - 4Feb dan 5 Feb) kita telah mempelajari sedikit sebanyak mengenai:

  • Sang Nila Utama
  • Buku Sejarah Melayu - Salalatus Salatin (ingatkah kamu siapa penulisnya?)

Cikgu juga sudah sertakan klip video yang kita lihat di dalam kelas tadi.

Jika kamu ingin ketahui lebih lanjut tentang sejarah perkembangan bahasa dan sastera di Nusantara (kepulauan Melayu - Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei) kamu boleh lungsuri lelaman ini:

Jangan Lupa :)

Kerja rumah buat minggu ini:

  1. Ulasan Berita
  2. Jurnal Mingguan
  3. Buku Kerja - Unit 2 (dan muka surat yang lain - Normal Akademik - 21, 29, 30. Ekspress - 22, 31, 32, 41, 42)
  4. Buku Teks - Kefahaman Unit 3

Selamat berehat!

Temasik

Seorang putera yang mencari erti kehidupan. Sebuah kisah yang menjadi lagenda. Dipetik langsung dari karya agung Sulalatus Salatin,Temasik menghidupkan kisah penemuan negeri Singapura untuk audiens generasi baru. Ikutilah pengembaraanSang Nila Utama menjelajahihutan belantara dan lautanbergelora dalam perjalanan yang akan memaktubkan namanya dalam kitab-kitab sejarah.

http://inkblotstudios-temasik.blogspot.com/

Bahagian 1

Bahagian 2

Bahagian 3

Jumaat, Februari 01, 2008

Peribahasa

Salam sejahtera para pelajar.

Pada minggu ini kita telah pun selesai mempelajari beberapa peribahasa yang baru dan juga yang pernah kita pelajari semasa di sekolah rendah.
Kita juga telah berseronok dengan permainan peribahasa - charade - di dalam kelas.

Sila gunakan slaid PowerPoint ini untuk mengulang kaji pelajaran kita.

Peribahasa - Kursus Ekspres & Normal Akademik



Peribahasa - Kursus Normal Teknikal


Khamis, Januari 31, 2008

Pengenalan Karangan

Salam sejahtera murid-murid ku yang tersayang.

Pada hari ini kita telah belajar bagaimana untuk menulis pengenalan di dalam karangan.
Cikgu harap kamu semua masih ingat lagi 3 cara untuk memulakan karangan kamu, seperti mana yang telah dibincangkan di dalam kelas tadi.

Sila rujuk kepada PowerPoint slide di bawah untuk panduan menulis pengenalan karangan.

Kerja rumah
Tulis 3 buah pengenalan yang menggunakan sekurang-kurangnya dua teknik yang telah kita pelajari. (Pemerian, Dialog, Laporan) Pengenalan karangan kamu mestilah berdasarkan tajuk-tajuk di bawah ini
  1. Satu Kemalangan di Jalan Raya
  2. Sepasan Kasut Sekolah
  3. Ibu

Terima Kasih kepada semua yang telah menghantarkan kerja rumah
kamu! Cikgu akan pulangkan minggu depan, insha'Allah. - Februari 15,
2008


Menulis Pengenalan Karangan


Sabtu, Januari 19, 2008

Kata Ganti Nama Diri

Salam Sejahtera para pelajar.

Selesai sudah pelajaran kita minggu lepas mengenai:


  • Kata Ganti Nama Diri Orang
  • Kata Ganti Nama Diri Tanya
  • Kata Ganti Nama Diri Tunjuk

Kamu sudah pun melihat PowerPoint slide di kelas dan kita juga telah dapat menonton klip-klip video untuk mengukuhkan lagi pemahaman kita mengenai pelajaran kita tersebut.

Siapa sangka klip Seniman Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang dan lain-lain lagi boleh dimuatkan di dalam pelajaran kita? Cikgu faham yang kamu semua amat berasa seronok sekali apabila dapat melihat klip-klip video. Gunakan cara ini untuk cuba ingat pelajaran kita semua ya?

Jika kamu ingin lihat kembali apa yang sudah kita pelajari, sila lungsuri PowerPoint slide di bawah. Cikgu juga telah sertakan klip-klip video yang telah kita lihat minggu lepas.

Teruskan belajar dengan gigih!

Kata Ganti Nama Diri - Menengah 1 NT



Kata Ganti Nama Diri - Menengah 1 E/NA




Nujum Pak Belalang - Penyamun - "Aku, Kau"


Seniman Bujang Lapok - Screen Test Aziz

  • Kata Ganti Nama Diri Singkat

Puteri Gunung Ledang - Bahasa Istana

Seniman Bujang Lapok - Sultan Amin ul-Rashid

  • Kata Ganti Nama Diri Singkat
  • Orang Pertama
  • Orang Kedua
  • Kata Ganti Nama Diri Tanya

Jumaat, Januari 11, 2008

Karangan Naratif

Salam sejahtera murid-murid!

Pada minggu ini kita telah pun selesai mempelajari tentang karangan naratif.
Yang paling penting untuk diingati buat karangan sebegini adalah formatnya:
  1. Pengenalan
  2. Isi
  3. Penutup

Cikgu telah pun memberi kamu 2 tajuk untuk ditulis di hujung minggu ini dan kamu telah pun mula menulis draf-draf kamu. Setelah Cikgu perhatikan tadi di dalam kelas, nampaknya kamu semua tidak mempunyai masalah.

Inilah tajuk-tajuknya buat rujukan kamu:

  1. Teman Baik yang Saya Ingini
  2. Seorang Rakan Sekolah yang Saya Ingati
Terima Kasih kepada mereka semua yang telah menghantar karangan.
Jika kamu mempunyai masa, sila baca karangan Nadhirah dari kelas 1/2.
Karangannya baik sekali. - Februari 15, 2008

Panduan Menulis Karangan Naratif