Isnin, Jun 30, 2008

Latihan Pemahaman & Bahasa - 2 NT

Salam sejahtera para pelajar kelas 2/7. Pada hari ini kita akan membuat beberapa latihan pemahaman dan bahasa.

Sila klik di pautan berikut:

1) http://www.classmarker.com/

2) Mulakan latihan :)

  • Pemahaman - Unit 7 - Apa Untungnya?
  • Pemahaman - Unit 8 - Ucapan Ulang Tahun
  • Bahasa - Kata Penegas
  • Isi Tempat Kosong

Sila rujuk kepada petikan karangan berikut untuk menjawab soalan-soalan pemahaman.

Buku Teks - Unit 7 - Apa Untungnya?



Read this document on Scribd: 2NT-Unit7


Buku Kerja - Unit 8 - Ucapan Hari Ulang Tahun



Read this document on Scribd: 2NT Unit 8 - Ucapan Hari Ulang Tahun

Pertandingan Blogging 2008

Salam sejahtera para pelajar.
Seperti mana yang telah Cikgu umumkan di dalam kelas minggu lepas mengenai pertandingan "Blogging 2008" anjuran Maktab Rendah Tampines dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura sempena Bulan Bahasa tahun 2008, di sini saya akan muat naikkan syarat-syarat pertandingan tersebut.

Pada masa yang sama, saya telah mengambil keputusan untuk membuat projek blogging ini wajib bagi semua para pelajar Menengah 1 - Ekspress dan Normal Akademik.

Tahap 1 - Menghasilkan blog sendiri.
Tahap 2 - Semua pelajar perlu muatnaikan satu entri mengenai permainan tradisional - tidak kira jika ianya hanya satu renungan, gambar, video, lukisan, pantun, sajak, syair dan lain-lain.
Tahap 3 - Semua pelajar perlu muat naikan karangan ekspositori mengenai Permainan Tradisional.

Saya akan berbincang dengan kamu semua dengan lebih lanjut tentang kerja-kerja yang perlu diselesaikan.

Blog Contoh:
http://bb2008-liyana.blogspot.com/
http://bb2008-pertandinganblogging.blogspot.com




Read this document on Scribd: Syarat Pertandingan Blogging 2008 final


Read this document on Scribd: Surat Rasmi - Pertandingan Blog


Jumaat, Jun 27, 2008

Latihan Pemahaman & Bahasa

Salam sejahtera para pelajar kelas 1/6 dan selamat bertemu kembali! :)
Pada hari ini kita akan buat beberapa latihan pemahaman dan bahasa.
Sila klik di pautan berikut:

1) http://www.classmarker.com/
2) Mulakan latihan :)

Sila rujuk kepada petikan karangan berikut untuk menjawab soalan-soalan pemahaman.
Petikan karangan juga boleh didapati di buku teks kamu.

Tempat Jauh Lagi Dikenang














E-mel




Isnin, Jun 23, 2008

Dialog

Selamat bertemu kembali, murid-murid yang Cikgu kasihi.
Pada minggu ini kamu semua telah belajar tentang cara menulis dialog.
Cikgu harap kamu dapat mengulangkaji apa yang telah dipelajari di dalam kelas.
Sila ingat bahawa Cikgu percaya kamu semua boleh mendapat markah yang baik dalam Bahagian A di dalam Kertas 1.