Khamis, Januari 31, 2008

Pengenalan Karangan

Salam sejahtera murid-murid ku yang tersayang.

Pada hari ini kita telah belajar bagaimana untuk menulis pengenalan di dalam karangan.
Cikgu harap kamu semua masih ingat lagi 3 cara untuk memulakan karangan kamu, seperti mana yang telah dibincangkan di dalam kelas tadi.

Sila rujuk kepada PowerPoint slide di bawah untuk panduan menulis pengenalan karangan.

Kerja rumah
Tulis 3 buah pengenalan yang menggunakan sekurang-kurangnya dua teknik yang telah kita pelajari. (Pemerian, Dialog, Laporan) Pengenalan karangan kamu mestilah berdasarkan tajuk-tajuk di bawah ini
  1. Satu Kemalangan di Jalan Raya
  2. Sepasan Kasut Sekolah
  3. Ibu

Terima Kasih kepada semua yang telah menghantarkan kerja rumah
kamu! Cikgu akan pulangkan minggu depan, insha'Allah. - Februari 15,
2008


Menulis Pengenalan Karangan


Sabtu, Januari 19, 2008

Kata Ganti Nama Diri

Salam Sejahtera para pelajar.

Selesai sudah pelajaran kita minggu lepas mengenai:


  • Kata Ganti Nama Diri Orang
  • Kata Ganti Nama Diri Tanya
  • Kata Ganti Nama Diri Tunjuk

Kamu sudah pun melihat PowerPoint slide di kelas dan kita juga telah dapat menonton klip-klip video untuk mengukuhkan lagi pemahaman kita mengenai pelajaran kita tersebut.

Siapa sangka klip Seniman Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang dan lain-lain lagi boleh dimuatkan di dalam pelajaran kita? Cikgu faham yang kamu semua amat berasa seronok sekali apabila dapat melihat klip-klip video. Gunakan cara ini untuk cuba ingat pelajaran kita semua ya?

Jika kamu ingin lihat kembali apa yang sudah kita pelajari, sila lungsuri PowerPoint slide di bawah. Cikgu juga telah sertakan klip-klip video yang telah kita lihat minggu lepas.

Teruskan belajar dengan gigih!

Kata Ganti Nama Diri - Menengah 1 NT



Kata Ganti Nama Diri - Menengah 1 E/NA




Nujum Pak Belalang - Penyamun - "Aku, Kau"


Seniman Bujang Lapok - Screen Test Aziz

  • Kata Ganti Nama Diri Singkat

Puteri Gunung Ledang - Bahasa Istana

Seniman Bujang Lapok - Sultan Amin ul-Rashid

  • Kata Ganti Nama Diri Singkat
  • Orang Pertama
  • Orang Kedua
  • Kata Ganti Nama Diri Tanya

Jumaat, Januari 11, 2008

Karangan Naratif

Salam sejahtera murid-murid!

Pada minggu ini kita telah pun selesai mempelajari tentang karangan naratif.
Yang paling penting untuk diingati buat karangan sebegini adalah formatnya:
  1. Pengenalan
  2. Isi
  3. Penutup

Cikgu telah pun memberi kamu 2 tajuk untuk ditulis di hujung minggu ini dan kamu telah pun mula menulis draf-draf kamu. Setelah Cikgu perhatikan tadi di dalam kelas, nampaknya kamu semua tidak mempunyai masalah.

Inilah tajuk-tajuknya buat rujukan kamu:

  1. Teman Baik yang Saya Ingini
  2. Seorang Rakan Sekolah yang Saya Ingati
Terima Kasih kepada mereka semua yang telah menghantar karangan.
Jika kamu mempunyai masa, sila baca karangan Nadhirah dari kelas 1/2.
Karangannya baik sekali. - Februari 15, 2008

Panduan Menulis Karangan Naratif